MEI 2023

Majlis Penyerahan Stesen Solar Hibrid Long San


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg  menghadiri Majlis Penyerahan Stesen Solar Hibrid Long San di antara Shanghai Electric dan Sarawak Energy bertempat di Hotel Pullman pada Khamis.

Stesen Solar Hibrid Long San merupakan usaha Kerajaan Sarawak dalam memenuhi aspirasi Pelan Induk Elektrifikasi Luar Bandar Projek Rakyat.  

Usaha berterusan Sarawak Energy dan potensi kerjasama dengan Shanghai Electric mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menyediakan semua masyarakat luar bandar dengan bekalan elektrik 24 jam yang stabil, boleh dipercayai dan mampu milik ke arah mencapai bekalan elektrik penuh menjelang 2025.

Sumber dari : Sarawakku